Network Card Disable

Salam,
Memang sudah menjadi kebiasaan bila satu komputer digunakan oleh ramai orang pasti komputer tersebut akan meragam dengan pelbagai karenah. Kebiasaan yang user perpustakaan adukan kepada saya ialah internet mereka tidak dapat membuat sambungan (connection). Jadi mereka tidak dapat untuk melayari laman web kegemaran.

Banyak sebab mengapa internet tidak boleh membuat sambungan ni. Apa yang ingin dikongsikan hari ini ialah salah satu sebab masalah ini iaitu “Network Card Disable”. Sebenarnya ini masalah senang dan nak selesaikannya pun tak sampai 1 minit. Tetapi, itu bagi yang tahu. Bagi yang tidak tahu pasti akan ke kedai komputer untuk menyelesaikan masalah enteng ini dan tokei kedai komputer akan mengenakan caj yang tidak munasarawak sambil tersenyum lebar.

OK. Nak enable kan semula senang sahaja. Ikut saja step di bawah:

1) Klik START

2) Ambil CONTROL PANEL

3) Plih NETWORK CONNECTIONS. Anda akan dapat lihat ikon LAN (Local Area Connection) di situ.

4) Halakan penunjuk tetikus anda kepada ikon LAN dan klik kanan pada tetikus anda. Pilih “Enable” dan selesai. Komputer anda pasti boleh melayari internet semula selepas itu.

This entry was posted in diy, masalah komputer, nic problem. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen