-> info.firdee.net <-
-
Kiriman Terbaru
Komen Terbaru
Arkib
Kategori
Meta
Berikut adalah speedtest untuk pengguna celcom broadband prepaid. Speedtest ini saya lakukan di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang.
Speedtest dilakukan pada jam 5.00 petang, 5 sept 2009.
Selama ini saya tidak pernah tahu pun ada perisian percuma yang bernama PhotoScape ni. Punya lah “katak di bawah tanah” saya ni. Apa yang saya tahu jika nak edit gambar dengan mudah saya perlu guna Photoshop. Tu pun tak mudah mana sebab kalau sesiapa yang mula-mula berkenalan dengan Photoshop ni mmg terkebil-kebil lah tengok segala macam menu yang ada (saya pun beli buku untuk belajar).
Semalam semasa singgah di blog Rjuna dan baru saya tau perisian PhothoScape ni dapat memudahkan kerja editing gambar saya. Sampai sekarang saya masih tidak tahu macam mana nak hasilkan kesan fhoto lama menggunakan Photoshop tetapi semalam saya dapat buat dengan PhotoScape. Tidak perlu pening kepala, cuma gunakan filter antique photo dan semua selesai. Nak buat animated banner/ button pon tidak sesusah yang saya fikirkan. Dalam masa tak sampai 10 minit satu button untuk blog sudah berjaya saya hasilkan (sila lihat di sidebar kanan).
Jika anda ingin mencuba PhotoScape ini bolehlah ke laman rasminya di www.photoscape.org dan muat turun perisian ini dengan percuma. Anda pasti suka dengan kepelbagaian perisian percuma ini.
Ps: Gambar untuk entri ini juga diedit menggunakan PhotoScape ^^ .
Nampaknya Panda Cloud sudah pun keluar dari versi BETA dan sekarang ia sudah full version. Jika anda yang sedang menggunakan Panda Cloud versi BETA ikon antivirus ini sudah pun ditandakan dengan pangkah dan ia akan menyuruh kita updrade ke versi penuh bila kita klik ikon tersebut. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita download versi penuh.
Download [Link laman rasmi Panda Cloud]
Semalam Firefox 3.5 telah pun dilepaskan untuk dimuat turun oleh sesiapa saja. Saya sendiri baru hari ini memasangnya di komputer dan masih dalam proses untuk melihat apa bezanya dengan versi yang sebelum ini.
Download Firefox 3.5 [Link]
Banyak sebab mengapa internet tidak boleh membuat sambungan ni. Apa yang ingin dikongsikan hari ini ialah salah satu sebab masalah ini iaitu “Network Card Disable”. Sebenarnya ini masalah senang dan nak selesaikannya pun tak sampai 1 minit. Tetapi, itu bagi yang tahu. Bagi yang tidak tahu pasti akan ke kedai komputer untuk menyelesaikan masalah enteng ini dan tokei kedai komputer akan mengenakan caj yang tidak munasarawak sambil tersenyum lebar.
OK. Nak enable kan semula senang sahaja. Ikut saja step di bawah:
1) Klik START
2) Ambil CONTROL PANEL
3) Plih NETWORK CONNECTIONS. Anda akan dapat lihat ikon LAN (Local Area Connection) di situ.
4) Halakan penunjuk tetikus anda kepada ikon LAN dan klik kanan pada tetikus anda. Pilih “Enable” dan selesai. Komputer anda pasti boleh melayari internet semula selepas itu.